Homestay Ummi, Bukit Payong, Terengganu
Layari: http://homestay.bukitpayong.com
Rumah banglo setingkat yang menawarkan privasi dengan halaman luas dikelilingi pokok buah-buahan menghijau. Lengkap dan selesa dengan aircon, kipas siling, WiFi, TV satelit, dapur lengkap dan ruang bersantai bersama keluarga.
Sesuai untuk rombongan merisik, meminang, bertandang, nikah, kahwin, kenduri di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Bukit Payong, Padang Midin, Cendering, Kedai Buloh, Atas Tol, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Pengadang Baru, Rawai, Tebakang, Bukit Sawa, Binjai Rendah, Taman Safiah Murni dll.
Lokasi yang sentral sebagai penginapan pilihan anda untuk melawat destinasi pelancongan seperti Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Kompleks Kraf Nur Arfa Batik, Air Terjun Sekayu, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Redang dan banyak lagi tarikan negeri Terengganu.
Juga terletak hampir dengan Kem PLKN Padang Kachong, Kolej TESDEC, Kolej Universiti UCSI, Kolej Pendidikan Cendering, Akademi Bomba Wakaf Tapai, Kampus Baru UMT Bukit Kor dan lain-lain lagi.
Kemudahan di Homestay Ummi
Untuk memastikan keselesaan anda ketika menginap di sini, Homestay Ummi dilengkapi kemudahan seperti berada di rumah sendiri. Kami juga sentiasa menambahbaik dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan ini dari masa ke masa.
Antara kemudahan yang terdapat di Homestay Ummi adalah:
- Ruang rehat yang selesa dengan sofa, kerusi, set TV LED + Njoi
- Ruang makan dengan set meja makan untuk 8 orang dan kerusi tambahan juga disediakan
- Dapur kering yang lengkap dengan peti sejuk 2 pintu, pinggan mangkuk, sinki dan sebagainya
- Dapur basah yang lengkap dengan dapur memasak, periuk, kuali, sinki basuhan dan lain-lain
- Bilik tidur yang dilengkapi katil dan tilam yang bersih dan selesa, serta almari pakaian dan cermin.
- Penyaman udara (aircond) di bilik tidur utama
- Kemudahan WiFi internet tanpa had
- Halaman rumah yang mendamaikan dengan pelbagai pokok buahan dan tanaman hiasan.
- Peralatan BBQ (atas permintaan - sila maklumkan kepada kami sekurang-kurangnya 2 hari sebelum check in)
Lokasi
Homestay Ummi terletak di Pekan Bukit Payong, satu lokasi yang sangat strategik sebagai tempat penginapan anda di Kuala Terengganu dan Marang.
Hanya 5 minit dari susur keluar Persimpangan LPT Bukit Payong
Hanya 15-20 minit ke Bandaraya Kuala Terengganu dan tempat-tempat menarik di sekitarnya seperti Pasar Payang, Pantai Batu Buruk, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung).
Hanya 15-30 minit ke institusi-institusi pendidikan dan latihan seperti Kem PLKN Padang Kachong, Kolej Tesdec, Kolej Universiti UCSI, Kampus Baru Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Akademi Bomba Wakaf Tapai, Institut Quran dan sebagainya.
Hanya 20-30 minit ke Bandar Marang yang merupakan zon pelancongan dan jeti ke Pulau Kapas, salah satu pulau peranginan yang popular di Terengganu.
Homestay Ummi terletak di kawasan Pekan Bukit Payong yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti:
- Masjid dan surau
- Pejabat Pos
- Balai Polis
- Pasaraya dan kedai serbaneka 24 jam
- Bank Simpanan Nasional (cawangan dan ATM)
- AgroBank (cawangan dan ATM)
- CIMB Bank ATM & CDM (di stesen Shell Bukit Payong)
- Pusat Kesihatan
- Pasar Pagi dan Pasar Minggu (setiap Ahad)
Homestay Ummi
Lot 4512 Hadapan SMK Seri Payong
Pekan Bukit Payong
21400 Marang, Terengganu
Pertanyaan/Tempahan:
014 - 650 6416
09 – 619 3319